Monday, November 2, 2009

Hakikat Kehidupan

Selepas solat Subuh, aku membaca al-Quran dan cuba untuk menghafalnya selama setengah jam.

Setelah selesai membaca al-Quran, aku rasa seperti kehilangan sesuatu yang sangat berharga.

Hidupku terasa seperti tidak tentu arah, seakan-akan 'blur' untuk meneruskan kehidupan.

Semua benda yang dibuat ada sahaja yang tidak kena, rasa tidak sedap hati menyelinap ke seluruh anggota tubuh badanku.

Aku pergi ke setiap bilik kawan-kawan yang sibuk dengan hal mereka, kebetulan pula cuti pada hari ini.

Ada yang buat kerja, ada yang main game, ada yang tengah makan, tapi aku tidak merasakan hatiku bersama mereka.

Perasaan-perasaan yang merimaskanku datang silih berganti. Makin lama, makin banyak sehingga tidak tertahan lagi dan aku seolah-olah seperti orang yang mati akal (hilang akal).

Semua perkara yang hendak dibuat dan dirancang tidak menjadi. Aku semakin 'tension' dibuatnya.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu, yang jarang sekali aku melakukannya. Aku cuba memastikan dengan sebaiknya bahawa ingatan aku tidak salah.

Tanpa membuang masa, aku terus ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwudhu'. Kemudian, solat sunat dhuha 2 rakaat.

Ketika itu segala bebanan dan masalah yang dihadapi hilang serta-merta. Aku rasa begitu tenang sekali dan kembali meneruskan kerja-kerja harianku.

4 comments:

Nurul Hidayah said...

pe care nk ilangkan sume rase sedih?...

Muhammad Bin Abdullah said...

Kita boleh menghilangkan rasa sedih kita dengan cara melakukan sesuatu perkara yang menyukakan kita...
Seperti, mencari ketenangan dengan berkelah bersama keluarga tercinta...

Nurul Hidayah said...

kan bagus klau dapat wat g2...
pe pun mekaseh...

Muhammad Bin Abdullah said...

Sama-sama