Dari pagi aku berjalan melihat kebesaran ciptaan Sang Yang Maha Pencipta…
Subhanallah, sangat mengagumkan sekali pandangan itu…
Di tambah pula dengan angin lembut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa seakan-akan meraikan kehadiranku…
Aku bermonolog di dalam hati, alangkah ruginya orang-orang yang mensia-siakan kehidupan yang sementara ini…
Aku berjalan dan terus berjalan…
Inilah dia perjalanan yang mesti aku tempuhi walaupun dengan rasa terpaksa…
Perjalanan yang penuh dengan cabaran, dugaan dan juga godaan yang tidak pernah sunyi dalam kehidupan ini…
Aku melihat ramai manusia yang juga berjalan sepertiku, tetapi seakan-akan tidak mempunyai tujuan…
Mungkin ini hanya sangkaanku semata-mata…
Tapi, mungkin betul juga kerana aku melihat mereka duduk (melepak) di tepi-tepi jalan sambil bergelak tawa bersama kawan-kawan…
Tangan kanan memegang rokok, tangan kiri memegang air…
Sambil berbual, menyedut asap rokok kemudian minum air…
Sehinggalah waktu berlalu begitu sahaja…
Aku terus berjalan dan berjalan,
Kelihatan dua orang anak muda yang berlainan jantina berbual mesra seakan-akan seperti pasangan bahagia…
Alangkah bahagianya mereka, bercerita sambil bergurau senda…
Mungkin mereka baru berkahwin…
Tetapi , adakah di rumah juga mereka begitu???
Ataupun mahu menunjuk-nunjuk bahawa merekalah keluarga bahagia yang sebenar???
Atau……
Aku berjalan lagi, sungguh ramai sekali pasangan bahagia yang kelihatan…
Mungkin mereka semua telah berkahwin…
Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada membuat maksiat kepadaNYA…
Amin…
No comments:
Post a Comment