Friday, April 24, 2009

Pengaduan hanya kepada Allah




Ketika aku bangun dari tidur, terdengar sayup-sayup kokokan ayam dan bunyi kicauan burung yang menenangkan fikiranku.

Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi menandakan waktu masih awal sebelum masuk waktu subuh.

Aku turun ke telaga untuk menyucikan segala kotoran yang ada.
Setelah usai mandi, aku terlihat ibu sedang solat tahajud sambil menangis bermunajat kepada Allah.
Ibu berdoa: “Ya Allah, Ya Rabbul Jalil, di pagi hari yang mulia ini aku memohon kepadamu supaya melembutkan hati anakku, permudahkan segala urusan hidupnya Ya Allah…”

Bergetar hatiku apabila mendengar rintihan ibu yang menusuk dan menikam jantungku.
Aku menangis dan terus menangis di dalam bilikku, kerana selama ini aku banyak bersangka buruk dengan ibuku.

“Ya Allah betapa besarnya dosa-dosaku terhadap ibuku selama ini…”

“Ya Allah...”

“Ya Allah...”

“Ya Allah.......”

7 comments:

roslini ashari said...

Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapa kami sebagaimana dia memelihara kami semasa kami masih kecil

As said...

ramai anak2 banyak buruk sangka pada ibu ayah..sedangkan banyak yang mereka tatau..

T_T

ibu bapa tak pernah penat memberi kan...kta je yang banyak mengeluh

T_T

Mohd Ashrul said...

rasa insaf pulak bila baca ni..

Muhammad Bin Abdullah said...

Terima kasih kerana memberikan respon yang baik...

Nurul Hidayah said...

huhu...sedih plak...btol...kte bleh syg org yg kte knal beberapa thn lbh dari ibu bapa yg da jage kte dari kcik...ya allah mintak jauh..huhu

MissCherry_Chewiee said...

xde sesape pn slain mak dgn ayh.. :( klu tnpa mrka,sapelah kita

shahruzita said...

bagi ku pulak. ibu ku hanya mengharapkan wang harta sahaja daripada ku. segala kebaikan ku berikan tidak di hargai langsung.. tetapi aku tetap menghargainya walaupun dalam kesedihan