Monday, May 11, 2009

Semalam dan Hari ini

Sedar tak sedar kita telah masuk ke "Hari Ini" dan meninggalkan "Hari Semalam".

Cuba pejamkan mata anda dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Tahan dan lepaskan nafas dengan perlahan-lahan.

Jangan buka mata dan cuba bayangkan anda telah mati.

Bayangkan tubuh anda terbujur kaku tidak bernyawa dan ditutupi dengan kain kapan.

Anda melihat sanak saudara, jiran tetangga dan kawan-kawan anda menangis mengelilingi jenazah anda.

Mereka meratap-ratap pemergian anda dengan hiba sekali.

Tiba-tiba anda terlihat di satu sudut, dua pasang susuk tubuh yang sangat anda kenali.

Ya, mereka itulah kedua ibu bapa anda yang telah menjaga dan membesarkan anda dengan penuh kasih sayang.

Mereka hanya mampu menitiskan air mata melihat anda terbujur kaku tidak bernyawa.

Tahukah anda?

Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anaknya, lebih-lebih lagi anaknya telah pergi buat selama-lamanya.

Apakah jasa anda kepada orang tua anda?

Apakah jasa anda kepada keluarga anda sebelum anda pergi?

Apakah jasa anda kepada masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahuan?

Apakah jasa anda kepada negara, yang kini dikuasai oleh pemimpin-pemimpin yang gilakan harta, pangkat dan kedudukan?

Dan yang paling penting sekali dan selama-lamanya, apakah jasa anda kepada ISLAM???

Bayangkan apakah yang telah anda lakukan Semalam.

Adakah anda tinggalkan Hari Semalam dengan penuh JASA kepada semua?

Ataupun penuh dengan NODA dan DOSA???

Bayangkan anda telah PERGI buat selama-lamanya tanpa ada jasa kepada orang lain.

Apakah yang akan anda jawab di hadapan ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM?

Apakah DIA akan menerima alasan anda, sedangkan anda tidak pernah berjasa kepada semua.

Anda wajib bersyukur kerana Allah telah memberi ruang dan peluang kepada anda untuk anda berjasa dan berbakti kepada semua pada Hari ini.

Jangan tunggu Hari esok kerana belum pasti anda masih wujud lagi di dunia ini.

Saya minta maaf banyak-banyak kepada anda semua sekiranya anda menangis ataupun tidak apabila membaca artikel ini.

Orang kampung saya cakap: "that mean something wrong".

2 comments:

As said...

as ada vid best pasal ni, kesah cam lebih kurang je, kita meninggal mak ayah meratap etc..bahasa arab tpnya..sedang uba nak buh subs..cam susah sket sbb as tak blaja arab..heh

Muhammad Bin Abdullah said...

to as:
cuba la hantar link kt sy...
mane tau bole tlng...